MASYARAKAT
BELUM MAMPU MENJAGA ALAM SEKITAR
(TEKS
PEMBANGKANG KEDUA)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih
Tuan yang dipertua , angkatan delegasi kehakiman yang bermahkotaan keadilan ,
barisan kerajaan yang kami hormati ,pejuang-pejuang delegasi pembangkang yang
mantap serta warga dewan yang dikasihi sekalian .
Assalamualaikum dan salam berdebatan
Tuan yang dipertua , ahli –ahli yang dihormati serta
warga dewan sekalian , menjunjung prinsip ilmu moleklah dikongsi yang salah
diperbetulkan . Saya Selaku tonggak pembangkang kedua di perwakilan pembangkang
sudah semestinya berdiri kukuh dibelakang YB ketua pembangkang untuk menyokong
penuh pindaan usul , iaitu “MASYARAKAT BELUM MAMPU
MENJAGA ALAM SEKITAR “ .
Sebelum kaki
mengorak langkah , sebelum biduk belayar dengan lebih jauh lagi , izinkan saya
untuk membidas hujah rapuh yang diutarakan dari meja kerajaan . Sebentar tadi
YB Menteri Kedua dengan megahnya berhujah , berkarisma betul orangnya . Namun saying seribu saying
terdapat kesalahan dan kesalahan YB bagai belukar menjadi rimba ibarat kutu
yang boleh disisik.
Hujah yang berhormat di bawah kata kunci
______________________________________________________________________________________________________________
Hujah ini lantaran rapuh
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Seterusnya ,hujah barisan kerajaan yang ketiga di
bawah kata kunci
______________________________________________________________________________________________________________
Hujah ini tidak relevan lantaran
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tuan yang dipertua
Hutang bidasan telah saya langsaikan . Saya akan
teruskan wasilah perjuangan kami di pihak pembangkang dengan hujah kami yang
kedua dibawah kata kunci “MASYARAKAT BELUM MENJAGA
KEBERSIHAN ALAM SEKITAR KERANA KEKANGAN MASA YANG DIHADAPI “. Dalam era
langit terbuka ini , ada sahaja maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar yang
disebarkan di media massa . Lantas kekangan masa yang dihadapi oleh setiap
individu menyebabkan mereka kurang prihatin mengenai isu alam sekitar . Masa 24
jam yang diperuntukkan dalam sehari telah digunakan untuk perkara yang lebih
penting seperti kerjaya dan berehat .
Saya tidak bercakap kosong tuan yang dipertua, saya
hidupkan perdebatan kita pada hari ini dengan bukti yang pertama iaitu
menurut YB Datuk Ir. Haji Hamim Bin
Samuri , timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar , satu kajian telah
dilakukan terhadap golongan belia bahawa mereka telah menghabiskan masa
hampir 80% setiap hari dengan bekerja
bagi mereka yang masih berstatus pelajar . Manakala 20 % lagi , mereka
memperuntukkan masa tersebut dengan berehat setelah bertungkus lumus membanting
tulang menyelesaikan tanggungjawab masing-masing . Menurut beliau lagi ,kanak-
kanak pula telah menghabiskan kira –kira
5.3 jam di sekolah ,3.3 jam di internet ,2.5 jam untuk menonton televisyen 1.3
jam dengan telefon dan 6.8 jam untuk tidur . Bukankah ini telah membuktikan
bahawa golongan belia dan kanak – kanak tidak mempunyai masa untuk lebih peka
terhadap isu yang berkaitan alam sekitar kerana kekangan masa yang dihadapi
oleh mereka .
Tidak cukup dengan bukti yang pertama saya bawakan
bukti yang kedua . YBhg Dato’ Azizan Bin Ahmad ,ketua Setiausaha kementerian
sumber asli & alam sekitar ,mengatakan bahawa Negara kita Malaysia memgang
rekod tempat kedua dalam masa yang diperuntukkan bagi aktiviti – aktiviti
tambahan luar kelas melibatkan pelajar seperti badan beruniform ,sukan dan
sebagainya . Kebanyakan pelajar sekolah akan menghadiri tambahan misalnya pada
hari sabtu atau ahad .Seterusnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan kokurikulum
dan sebagainya sehingga mereka dijangkakan sampai di rumah kira-kira 4 atau 5
petang dan mungkin juga lebih dari itu. Hal ini benar membuktikan bahawa
pelajar hanya focus terhadap pelajaran dan aktivti yang mereka jalani setiap
hari sahaja . Kajian juga mendapati bahawa ada sesetengah pelajar yang mengeluh
dengan masa yang sangat lama terhadap keberadaan mereka di sekolah .Perkara ini sudah pasti
menyebabkan mereka kurang memberi penumpuan terhadap tanggunggjawab mereka
untuk menjaga kebersihan alam sekitar .
YB Dato’ Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
,Menteri sumber asli dan alam sekitar ,mengatakan
bahawa hampir semua ibu bapa yang sibuk bekerja untuk mencari rezeki agar dapat
menyara Keluarga mereka . Kesibukan ibu bapa ini tidak dapat dinafikan kerana
pada zaman yang serba canggih dan semakin maju , harga barang semakin meningkat
. Dengan itu , ibubapa perlu bekerja keras agar hasil pendapatan mereka cukup
untuk digunakan setiap hari . Tidak disangkal lagi bahawa ibu bapa tidak
mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka akan tanggungjawab menjaga alam
sekitar kerana kesibukan yang dihadapi . Bukankah ini menunjukkan bahawa
masyarakat masih belum mampu untuk menjaga kebersihan alam sekitar?
Tuan yang
dipertua, kami akan teruskan lagi dengan hujah kami yang ketiga di bawah kata
kunci “MASYARAKAT BELUM MAMPU UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN
ALAM SEKITAR KERANA KURANGYA PENGETAHUAN”. Hal ini benar kerana tidak
dapat dinafikan lagi segala punca pencemaran
yang berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan terhadap alam
sekitar .
Saya tidak bercakap kosong yang berhormat . Saya akan
kukuhkan hujah kedua saya ini dengan bukti yang yang pertama iaitu menurut
Timbalan Pengarah Pusat Laser dan Penyelidik Fakulti Sains Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) , Dr. Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim,antara faktor kawasan
sekolah sentiasa menjadi lokasi utama pencemaran kerana keadaan yang terbuka
dan berada pada ketinggian di mana gas tercemar sering terapung . Beliau
mengatakan bahawa insiden pencemaran bahan kimia di sungai Kim Kim itu berlaku
disebabkan oleh bawaan angin . Namun apa yang ditegaskan , beliau mangatakan
bahawa tindakan pihak sekolah yang meminta pelajar berkumpul di kawasan lapang
mengakibatkan mangsa lebih terdedah kepada pencemaran udara . Ini telah
menunjukkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman tentang sifat gas dalam
kalangan masyarakat apatah lagi pihak sekolah yang berada di kawasan terjejas .
Jelasnya lagi , sifat gas yang tercemar lebih tertumpu untuk menjejaskan
manusia pada sekitar waktu pagi apabila ketumpatan udara lebih tinggi .Dengan
itu ,ujar beliau bahawa setiap lapisan masyarakat
terutamanya guru-guru di daerah itu perlu diberi pengetahuan am berkenaan
sifat-sifat gas serta tindakan awal yang boleh diambil sekiranya kejadian sama
berulang .
Tidak cukup dengan bukti yang pertama saya bawakan
bukti yang kedua iaitu menurut kajian institut alam sekitar dan pembangunan yang dijalankan
kepada orang awam di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
mendapati bahawa tahap pengetahuan orang awam terhadap isu – isu alam sekitar
berbeza mengikut isu yang disenaraikan . Pengetahuan tentang program kitar
semula adalah sederhana berbanding pengetahuan tentang pencemaran udara dan
pencemaran bunyi yang lebih rendah. Manakala pengetahuan terhadap bencana alam
di Malaysia adalah tinggi dan tahap pengetahuan mengenai sumber tenaga yang
boleh diperbaharui adalah sederhana . Hal ini jelas bahawa sikap orang awam
terhadap isu alam sekitar pula dikategorikan pada tahap yang masih rendah .
Hasil kajian juga mendapati amalan orang awam terhadap pemuliharaan alam
sekitar pula dikategorikan pada tahap yang rendah .
Tuan yang dipertua dan warga dewan sekalian ,mari saya bawakan bukti
yang terakhir iaitu menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Kelantan pada
tahun 2020 telah melaporkan bahawa industry batik di Kelantan mempunyai kadar
pematuhan yang paling rendah kepada peraturan kualiti alam sekeliling (efluen
industry)2009 iaitu hanya lima peratus apabila dibandingkan dengan industry
lain di negeri Kelantan . Oleh sebab itu , kajian rintis telah dijalankan di
beberapa industry batik yang telah di pilih di negeri Kelantan . Hasil daripada
kajian yang dijalankan , nilai permintaan oksigen kimia (POK) di dalam efluen
batik yang dilepaskan secara terus ke alam sekitar adalah melebihi kepada
limitasi atau had yang telah ditetapkan di dalam peraturan . Keadaan ini
amatlah membimbangkan kerana industry batik semakin hari semakin berkembang di
Malaysia dan jumlah kadar pelepasan efluen juga akan meningkat . Dengan ini ,
jelaslah bahawa belum mampu untuk menjaga kebersihan alam sekitar kerana kurangnya
pengetahuan .
Tuan yang dipertua , saya telah utarakan kepada warga
dewan yang mulia ini melalui 2 hujah utama di barisan pembangkang iaitu “MASYARAKAT BELUM MAMPU MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR KERANA
KEKANGAN MASA YANG DIHADAPI DAN KURANGNYA PENGETAHUAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Tuan yang dipertua , saya telah utarakan kepada warga dewan yang mulia ini
melalui 2 hujah utama di barisan pembangkang iaitu “PENGAMBILAN
PRODUK KESIHATAN SEBAGAI ALTERNATIF BERCANGGAH DENGAN GAYA HIDUP SIHAT DAN
PENGGUNAAN PRODUK KESIHATAN TERDEDAH DENGAN MASALAH KESIHATAN AKIBAT KANDUNGAN
BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN DAN PEMPROSESAN “.
Tuan yang
dipertua , demi amanat nusa bangsa yang saya sanjung ini , hanya 1 yang saya
pinta , kredebiliti 3/3 dewan untuk memikirkan apakah yang terbaik buat Negara
kita junjung akan cinta dan kasihnya , kerna jangan hanya nanti ingin memeluk
dunia , apakan daya tangan tak sampai , jangan hanya duduk termenung namun
apakan daya cinta tak kesampaian .
MOHON TERUS MEMBANGKANG
Tuan yang
dipertua , saya telah utarakan kepada warga dewan yang mulia ini melalui 2
hujah utama di barisan pembangkang iaitu “PENGAMBILAN
PRODUK KESIHATAN SEBAGAI ALTERNATIF BERCANGGAH DENGAN GAYA HIDUP SIHAT DAN
PENGGUNAAN PRODUK KESIHATAN TERDEDAH DENGAN MASALAH KESIHATAN AKIBAT KANDUNGAN
BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN DAN PEMPROSESAN “.
Tuan yang
dipertua , demi amanat nusa bangsa yang saya sanjung ini , hanya 1 yang saya
pinta , kredebiliti 3/3 dewan untuk memikirkan apakah yang terbaik buat Negara
kita junjung akan cinta dan kasihnya , kerana jangan hanya nanti ingin memeluk
dunia , apakan daya tangan tak sampai , jangan hanya duduk termenung namun
apakan daya cinta tak kesampaian .
MOHON TERUS MEMBANGKANG
Tuan yang
dipertua , demi amanat nusa bangsa yang saya sanjung ini , hanya 1 yang saya
pinta , kredebiliti 3/3 dewan untuk memikirkan apakah yang terbaik buat Negara
kita junjung akan cinta dan kasihnya , kerna jangan hanya nanti ingin memeluk
dunia , apakan daya tangan tak sampai , jangan hanya duduk termenung namun
apakan daya cinta tak kesampaian .
MOHON TERUS MEMBANGKANG